Mmmmm.. masa mula2 kumpulan penceroboh masuk ke lahad datu.. Aku tengah cuti 2 minggu kat Kampung Halaman..Miri Sarawak... Masa last shift kerja and sebelum fly to miri suasana memang tenteram,aman dan nyaman..tiada sedikit tanda pun yang lahad datu akan popular sekelip mata pon..mm popular dengan cerita penceroboh pengikut Sultan kiram....
Masa berada di kampung tengah syok2 cuti dengan family..anak buah and kawan2.. perrgghh tiba2 je nama lahad datu naik dlm buletin utama paymesss kata kawan aku dengan kes pencerobohan ni... terfikir juga dah lah aku tak lama lagi cuti nak abisss waaa takkan kena balik lahad datu dalam susana diceroboh oleh pengikut sultan sulu yang siap besenjata weii sekali lepas 2 3 org tembak mamposs lahh aku...
di ceritakan al kisahnya aku pun di hantar kat airport miri oleh bapa and kakak ku..mcm2 pesanan bapa terasa aku nak pergi bejuang ke palastine pun ada... love u bapa ..pesanan bapa tetap ku kenang n simpan...hati2 lah itulah inilah peluru sesatlah peluru itulah inilah.. hihi tapi mmg betul pesanan bapa ku.. sampai sekarang bila bunyi merecun pun aku autometik tundukk...hihi mmm kalau yusoff haslam tengok kompom dia ambik jadi pelakon tambahan gerak khas...lalala
Sesampai di airport Lahad Datu... mmmm mcm biasa je pun.. kecoh je org kata huru hara itulah inilah.. mmm semua mcm biasa.. kedai makan tempat aku selalu makan pun beroperasi mcm biasa.... harus ya tuan2 puan harus tahu jarak kampung tanduo dengan bandar lahad datu mmm 2 jam lebih perjalanan.. jauh k... sangat jauh kalau dorang penganas tu nak jln kaki sempat asthma 2 3 kali kot..llalalala
walau pun aman tenteram damai bandar lahad datu.. tapi terasa juga ke anehan bila mana mcm2 jenis lori askar lalu lalang kat jalan2 bandar lahad datu..mula2 tu memanglah jakun sikit tengok..tapi bila dah seminggu tengok benda yg sama.. mmm siap di potong lagi lori2 askar tu.. ahahahah
semua suasana tenteram tu bertukar pada 1 mac 2013 apabila 2 anggota keselamatan kita terkorban.. masa tu saya shift pagi n saya yg recieve call dari kecemasan untuk inform semua kakitangan yg terlibat dengan opss daulat ni standby.. waaa barulah terasa genting.. bila semua sekolah ditutup.. bandar pun semua tutup.. tiada 1 pun kedai yang buka.. wahhh seram sejukkk.... sedih DAN YANG PENTING teringat kampung halaman.. waaa aku mahu pulanggggg!!!!!!
suasana memang di luar jangkaan... suasana takut di bawa dari siang ke malam.. apatah lagi bila tv1 kata perintah berkurung..walaupun tiada pun sebenarnya.. yg lucunya.. kami 1 unit pakat ramai2 tidur kat opis.. ahahahah nasib semua bujang.. yg perempuan tidur dalam bilik rehat.. lelaki tidur kat meja2 jee.. hihi... masa tu baru terasa betapa kasihannya orang2 di palastine tiap malam tidur dalam ketakutan... stock makanan malas nak cerita lah.. siap bawa beras dari rumah ok.... bawa BERASSSS!!! hihi lucu tapi ada kebaikannya.... sekelip mata pasukan keselamatan berkubu di felda sahabat.. kami berkubu di hospital.. dalam opisss... hihi semua pun tua2 tapi penakut.. bukan kami tak berjuang untuk negara.. tapi kami berjuang dengan cara yang lain.. family call mm malas nak ceritalah.. setiap 1 jam mesti parents masing akan call... maklumlah kami di unit ni semua bukan local lahad datu...
mmm apa2 pun next time saya sambung story pasal ketakutan kami di Lahad Datu lagi ok....
bandar lahad datu yg permai.....
copy paste org je gambar2 ni k...
No comments:
Post a Comment