Monday, 27 January 2014

Hafiz Suip artis kebanggaan Sarawak.... AJL28 ..Bahagiamu deritaku

Malam Ahad 26 Januari awal2 aku dah buat perjanjian dengan kawan serumah a.k.a abang serumah aku yg aku boleh teman kan dia jaga kedai tapi kena balik sebelum jam 8. Semuanya adalah sebab AJL and artis kegemaran aku Hafiz perform giliran ke 6.. nak mampos kalau balik jam 9 kompom2 tak sempat aku tengok.. well nak di jadikan sebuah cerita aku kalau ada masa terluang hujung minggu selalu gak aku ke centre point kk jaga kedai.. kedai apa kedai tudung waqea... bos dia ni lah abg serumah aku Al walid zamzuri.. Walau pun dia bos sebagai org bawahan aku ni tak takut Bosss.. hahahahah ada apa dgn bos... hahahah

oooo lupa pulak ari ni aku nak cerita sikit pasal artis kegemaran aku ni Hafiz suip.. aku start minat hafiz ni sejak zaman hafiz join AF.. 1 rumah 1 family kitaorang pakat minat ramai2 dengan hafiz. Kenapa minat hafiz..? Baiklah perkara pertama offcoz lah sebab hafiz org sarawak.. hihi.. tapi bukan setakat itu sja.. tapi hafiz mmg mempunyai vokal yg best dan persembahan yg sentiasa best masa zaman af8... Dari situlah titik tolaknya bagaimana aku bole terjerumus meminati Hafiz suip.. (org swk + berbakat+suara merdu=artis kegemaran)

Perkembangan hafiz mmg selaluku update dari awal sampai sekarang.. sebab itulah bila tiap taun hafiz join AJL aku mmg tak akan termisss utk sama2 beri semangat walau cuma dari rumahh (bole..)hahaha dari AJL24 lagu masih jelas (tidak menang apa2 kategori) kemudian AJL25 noktah cinta (vokal terbaik.. tempat ke 3) AJL26 Awan nano (vokal terbaik dan juara lagu) AJL27 Ku akui (vokal terbaik dan menang tempat ke 3) dan tahun ini AJL28 sekali lagi Hafizz menang besar dengan membawa pulang kategori persembahan terbaik dan JUARA LAGU28 bagi lagu BAHAGIAMU DERITAKU.....

Kalau korang semua nak tahu semasa persembahan artis di AJL berlangsung bunyi wazzup sentiasa berbunyi..kazen2 and kwn2 semua dok sibok suruh vote hafiz for persembahan terbaik.. and last2 menang juga.. hihi

Waktu Ag n Scha umum je juara lagu milik Hafiz.. Amboii melompat aku sendiri depan pak cik aku n walid.. punya happy nya aku.. hahahaha aku pulak yang macam nak ambik award tu hahah apa2 pun mmg aku puas hati di atas kemenangan artis kegemaran aku kali ini.. Tahniah di ucapkan buat LY dan Baiduri kerana telah menciptakan sebuah lagu yg indah buat hafiz.. tahniah buat hafiz dan semoga terus memberikan persembahan yg menghiburkan buat kami semua penyokong tegar kamu... tahniah hafiz sekali lagi